Model ASSURE
mengandungi 6 langkah iaitu:
A–Analyse learner (Analisis
pelajar)
S–State objective (Nyatakan
objektif)
S–Select method, media, and
materials (Pilih kaedah, media dan bahan)
U–Utilise media and materials
(Gunakan media dan bahan)
R–Require learner participation
(Memerlukan penglibatan pelajar)
E–Evaluate and revise (Nilai dan
semak)
Analyse Laerner (Analisis
Pelajar)
Pada peringkat ini masalah
pengajaran, objektif dan matlamat pengajaran perlu dijelaskan terlebih
dahulu.Soalan-soalan yang boleh digunakan sebagai panduan analisis seperti
berikut:
• Siapa kumpulan sasar?
• Apakah ciri-ciri mereka?
• Apakah hasil pembelajaran yang
hendak dicapai?
• Berapa tempuh perlaksanaannya?
State
Objective (Nyatakan objektif)
Pada peringkat ini kita seharusnya
menyatakan apakah objektid pembelajaran terhadap kumpulan sasar. Objektif
mestilah dinyatakan secara eksplisit supaya mudah diukur dan cicapai.
Select
method, media, and materials (Pilih kaedah, media dan bahan)
Kaedah dan strategi pengajaran yang
paling sesuai dan selaras dengan objektif pengajaran dan pembelajaran dapat
menjamin pencapaian objektif pembelajaran. Strategi yang diamalkan pada masa
kini ialah strategi pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar iaitu
memberi penekanan kepada pelajar aktif. Misalnya kaedah perbincangan, simulasi,
kajian kes, kajiam makmal, kajian lapangan, pembelajaran kendiri dan
sebagainya.
Utilise
media and materials (Gunakan media dan bahan)
Penggunaan bahan di sini merujuk
kepada bahan-bahan pelbagai bentuk dan media; cetak, komputer, video, gambar
dan lain-lain. Boleh juga menggunakan bahan yang sedia ada tetapi perlu
dipastikan bahan tersebut diubahsuai, ditambahbaik dan dibaik pulih sesuai
dengan situasi semasa. Perlu diingat guru hendaklah menentu arah tuju
pengajaran dan pembelajaran.Pada masa kini penggunaan bahan capaian seperti internet,
e-learning, online learning, laman web dan sebagainya sudah menjadi
kebiasaan.
Require
learner participation (Memerlukan penglibatan pelajar)
Pada fasa ini, pengelibatan pelajar
adalah penting. Pelajar perlu dilibatkan secara aktif dalam pengajaran dan
pembelajaran. Dalam hal ini pelajar terlibat dalam kerja kumpulan, berbincang
dan memberi idea, pelajar membuat simulasi dan juga membuat beberapa aktiviti seperti
membuat kajian kes.
Evaluate and
revise (Nilai dan semak)
Penilaian formatif memberi maklum
balas semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Maklum balas ini dapat
digunakan untuk membetulkan atau menambahbaikan proses dan bahan pengajaran dan
pembelajaran. Kadang-kadang perancangan pengajaran dan pembelajaran kelihatan
cantik dan sempurna tetapi gagal apabila dilaksanakan. Jueteru itu adala
penting untuk guru untuk mencuba perancangan pengajaran ke atas sekumpulan
kecil pelajar untuk mendapat maklum balas keberkesanan perancangan tersebut.
Penilaian sumatif ialah penilaian
pada kursus unit atau peringkat oembelajaran yang memberikan maklum balas
tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran secara menyeluruh Datayang
dikutip memberikan maklumat tentang pencapaian objektif yang ditetapkan. Oleh
itu moedl ASSURE amat menekankan penilaian formatif dan juga sumatif.

